PORTFOLIO
BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
KEBAJIKAN
- · Memaklumkan kepada felo jika ada pelajar sakit yang perlu dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan
- · Memaklumkan kepada pihak pejabat jika terdapat penghuni sakit
- · Memastikan peralatan kecemasan seperti ‘strecher’ dan kerusI roda berada dalam keadaan baik.
- · Mengemaskini kandungan first aid dengan pihak pejabat setiap bulan
- · Memantau kebersihan bilik sakit (blok 2)
- · Menjaga kebajikan dan memberi nasihat kepada penghuni berkaitan dengan kewangan
- · Membantu dalam memberi nasihat berkaitan dengan kesihatan kepada penghuni
- · Mengemaskini dan membuat kutipan untuk tabung kebajikan khar
- · Membantu dan memantau keselamatan penghuni kolej
PERKHIDMATAN
- · Memantau penjualan makanan di kafe dan melaporkan kepada pentadbiran khar, kebajikan hep jika menghadapi sebarang masalah
- · Contoh : harga jualan, kebersihan makanan dan cara pengendalian makanan
- · Memantau penggunaan mesin dobi dan melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbiran khar
- · Memantau perkhidmatan bas dan jika terdapat sebarang masalah melaporkan kepada pentadbiran khar
- · Membuat rondaan sekitar khar selepas jam 12.00 malam
- · Memastikan kenderaan dalam kolej diletakkan di kawasan yang selamat
- · Menguruskan rakan exco (rexco) dan perjalanan biro dengan baik
- · Membantu menjayakan program kolej, jmk, program setiap biro dan yang berkaitan dengan penuh komitmen dan penuh bertanggungjawab
- · Bersedia untuk berkhidmat secara segera dalam apa juga keadaan
- · Hal-hal berkaitan dan tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa
- · Menyediakan laporan aktiviti selepas 2 minggu aktiviti dijalankan dan menghantar laporan tersebut kepada setiausaha dan pihak pentadbiran.
- TUGASAN SETIAP UNIT DALAM BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
SETIAUSAHA
- · Menyimpan semua rekod rexco dan menyediakan serta menyelenggarakan semua surat-surat rasmi di bawah biro kebajikan dan perkhidmatan
- · Mengurus semua panggilan mesyuarat biro apabila diarahkan oleh exco-exco kebajikan dan perkhidmatan
- · Menjaga, memantau dan mengemaskini rekod dan maklumat mt dan rexco
- · Menjalankan urusan berkaitan dengan perhubungan dengan orang atasan atau orang luar
- · Mencatat, mengedar, dan menyimpan semua minit mesyuarat biro
- · Menyediakan dan menyemak kertas kerja yang diperlukan oleh sesuatu program di bawah biro kebajikan dan perkhidmatan
- · Memastikan dan menyelaraskan setiausaha kelab agar selari tugasannya dengan setiausaha biro dari semua aspek.
BENDAHARI
- · Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan serta semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas ketetapannya
- · Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer , wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
- · Menyediakan dan membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit setiap kali mesyuarat
- · Mengutip wang derma dan menyediakan laporan wang masuk atau keluar bagi setiap kali kutipan wang yang dilakukan oleh rexco.
- · Memastikan dan menyelaraskan bendahari kelab agar selari tugasannya dengan bendahari biro dari semua aspek.
PENGERUSI
KELAB
- · Memantau dan memastikan kelab biro aktif dan berfungsi dengan baik
- · Bertanggungjawab dalam memastikan semua unit dalam kelab combi team khar menjalankan tugasan dengan bersih, cekap dan amanah
- · Memberi bantuan dalam menampung kelemahan-kelemahan kelab untuk menyelesaikan masalah yang berlaku
- · Memantau gerak kerja dan melaporkan kepada exco kebajikan mengenai kelab
- · Bertanggungjawab dalam membantu exco dalam menjalankan urusan kelab yang tertentu dari semasa ke semasa
UNIT
EKONOMI
·
Menjana pendapatan biro.
·
Membuka gerai atau jualan jika
terdapat karnival yang berlangsung.
·
Membentangkan kewangan
pendapatan dan keuntungan setiap kali melakukan jualan atau lain-lain
pendapatan.
·
Memastikan dan memantau unit promosi dan unit kawalan bencana alam dalam kelab combi team khar dari segi
pelaksanaan tugasan atau aktiviti.
·
Membantu pengerusi kelab dalam
mengendalikan kelab agar berfungsi dengan baik.
UNIT
MEDIA & PUBLISITI
·
Membantu menyiapkan banner, tag
nama, risalah bagi setiap program di
bawah biro.
·
Membantu menyebarkan maklumat
yang sahih dan hal-hal lain berkaitan dengan biro.
·
Mengambil gambar dan
menyediakan montaj bagi setiap program yang berlangsung di bawah biro.
·
Menyediakan gambar dan laporan
bagi setiap program.
·
Mewujudkan blog dan facebook
untuk biro bagi memudahkan perbincangan dan menyelesaikan masalah yang berlaku.
·
Memastikan dan memantau unit pendidikan kesihatan dan unit media &publisiti dalam kelab
combi team khar dari segi pelaksanaan tugasan atau aktiviti.
·
Membantu pengerusi kelab dalam
mengendalikan kelab agar berfungsi dengan baik.
UNIT
AKTIVITI
- · Naib pengerusi merangkap sebagai unit aktiviti dalam biro dan melaksanakan tugasan yang ditetapkan
- · Melakukan sedikit aktiviti setiap kali meeting biro berlangsung
- · Membantu dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh exco
- · Merancang aktiviti untuk merapatkan lagi ukhuwah antara rexco dan exco
- · Memastikan dan memantau unit khidmat komuniti dan unit perhubungan awam & antarabangsa dalam kelab combi team khar dari segi pelaksanaan tugasan atau aktiviti
- · Membantu pengerusi kelab dalam mengendalikan kelab agar berfungsi dengan baik
COMBI TEAM
KHAR
PORTFOLIO
SETIAP UNIT DALAM COMBI TEAM KHAR
SETIAUSAHA
- · Menyimpan semua rekod ahli COMBI TEAM dan menyediakan serta menyelenggarakan semua surat-surat rasmi di bawah KELAB COMBI TEAM KHAR ini
- · Mengurus semua panggilan mesyuarat kelab apabila diarahkan oleh MT kelab ini
- · Menjaga, memantau dan mengemaskini rekod dan maklumat MT dan ahli kelab
- · Menjalankan urusan berkaitan dengan perhubungan dengan orang atasan atau orang luar
- · Mencatat, mengedar, dan menyimpan semua minit mesyuarat kelab
- · Menyediakan dan menyemak kertas kerja yang diperlukan oleh sesuatu program di bawah KELAB COMBI TEAM KHAR
BENDAHARI
- · Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan serta semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas ketetapannya
- · Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer , wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
- · Menyediakan dan membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit setiap kali mesyuarat
- · Menyediakan laporan wang masuk atau keluar jika ada sebarang kutipan wang yang dilakukan
UNIT
PENDIDIKAN KESIHATAN
·
Merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi
kesihatan dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan
risiko penyakit.
·
Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan
berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup
semua peringkat masyarakat (menjalankan kempen-kempen kesihatan pengedaran risalah
dan poster)
·
Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat
komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) atau lain-lain cara.
·
Menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai kesihatan
kepada masyarakat.
·
Membantu semua bahagian atau unit dalam program yang berkaitan dengan kesihatan,
keselamatan dan kebersihan.
UNIT
KHIDMAT KOMUNITI & BENCANA ALAM
·
Membantu memberi perkhidmatan segera dalam
operasi menyelamat dan kecemasan bencana alam seperti banjir/kebakaran jika
diarahkan oleh pihak kolej.
·
Membantu memberi perkhidmatan awalan kepada
insiden-insiden tertentu seperti tanah runtuh dan pokok tumbang.
·
Melaksanakan tugas-tugas segera yang
diarahkan oleh pihak kolej dan pusat kesihatan.
·
Membantu semua bahagian atau unit dalam program yang berkaitan dengan kesihatan,
keselamatan dan kebersihan.
UNIT VEKTOR
- Mengatasi masalah yang
berkaitan dengan kacau ganggu kesihatan yang berjangkit.
- Bertanggungjawab
melaksanakan program pencegahan ke atas penyakit bawaan vektor.
- Bertanggungjawab
mengadakan satu sistem kawalan vektor yang bermutu dan berdaya maju.
- Bertanggungjawab mengedar maklumat/pendidikan kesihatan di khar.
- Melaksanakan tugas-tugas segera yang diarahkan oleh pihak kolej & pusat kesihatan.
- Memastikan dan memantau kebersihan sekitar, kebersihan makanan dan kebersihan diri di dalam kawasan kolej dan juga kualiti perkhidmatan kesihatan kepada penghuni khar adalah baik.
·
Membantu semua bahagian atau unit dalam program yang berkaitan dengan kesihatan,
keselamatan dan kebersihan.
UNIT
PROMOSI
·
Merancang dan melaksanakan program
promosi keselamatan dan kesihatan untuk penghuni khar
·
Bertanggungjawab menyediakan dan
mengedarkan risalah-risalah, akhbar, bunting dan sebagainya untuk
pendidikan kesihatan.
·
Melaksanakan program-program pendidikan
dari segi kebersihan, keselamatan dan
kesihatan kepada penghuni khar
·
Menjalankan kajian pengetahuan, amalan dan
sikap orang ramai terhadap kebersihan dan kesihatan serta membuat penilaian dan
penambahbaikan perkhidmatan.
·
Membantu semua bahagian atau unit dalam program yang berkaitan dengan kesihatan,
keselamatan dan kebersihan.
UNIT
PERHUBUNGAN AWAM DAN ANTARABANGSA
- Menguruskan kelancaran majlis rasmi agar berjalan dengan lancar (teks ucapan, kad jemputan, buku program dll)
·
Mewujudkan perhubungan dengan agensi
luar
·
Membantu semua bahagian atau unit dalam program yang berkaitan dengan kesihatan,
keselamatan dan kebersihan.
UNIT
MEDIA DAN PUBLISITI
- Membantu menyiapkan banner, tag nama, risalah bagi setiap program di bawah kelab
- Membantu menyebarkan maklumat yang sahih dan hal-hal lain berkaitan dengan kelab dan kesihatan
- Mengambil gambar dan menyediakan montaj bagi setiap program yang berlangsung di bawah kelab
- Menyediakan gambar untuk laporan setiap program
- Mewujudkan blog dan facebook untuk kelab bagi memudahkan perbincangan, menyelesaikan masalah yang berlaku dan menjadi sumber rujukan untuk semua ahli kelab.
- Membantu semua bahagian atau unit dalam program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.
*SEMUA
UNIT HENDAKLAH MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM DENGAN MEMBERI SEPENUH KOMITMEN DAN
TANGGUNGJAWAB.
*HAL-HAL
BERKAITAN DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA KE SEMASA.
No comments:
Post a Comment