Friday, 8 March 2013

Silalah Like page Campaign Of Covering Aurat Properly



Perbanyakkan LIKE untuk page berdakwah ini.

Ahli Baru dalam Keluarga Biro Kebajikan & Perkhidmatan

Setelah sekian lama tunggu punya tunggu akhirnya kami BIRO KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN KHAR telah menerima pendatang baru dalam keluarga kami yang menggantikan ahli keluarga kami yang terdahulu iaitu Syuhada,Syafiza & Kak Madi.Mereka bertiga telah meninggalkan BIRO KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan kerana telah tertulis oleh Allah Swt kepada meraka ni.Shuhada & Syafiza telah meneruskan perjalanan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) manakala Kak Madi telah berpindah ke kolej UPSI yang lain kerana dia merupakan seorang PELAPIS.Mereka smua ini telah di gantikan dengan 3 gadis-gadis jelita seperti mereka juga iaitu Alyn Shuhada,Norshahira Daud & Scha Qieka..hehehe.Mereka ini berkhidmat sebagai REXCO sepertimana saya (Firdaus),Khairul Razi,Abang Razi,Abang Zakaria,Kak Fellycia & Kak Shahirah Zubir.Semoga mereka semua ini dapat menghadapi hari-hari yang mendatang sebagai seorang REXCO KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN KHAR.Insyaallah ukhwah kita akan terjalin erat sehingga akhir hayat.

Cari punya cari last-last jumpa juga gambar 3 gadis jelita ini dalam satu gambar
Hehehehhee..
Sorry terciplak pulak :)


Wednesday, 28 November 2012

program forum perdana

Assalamualaikum

baru-baru ini, kelab combi team di bawah biro kebajikan telah mengadakan sebuah forum perdana 
'ROHANI MANTAP, FIZIKAL KUAT, MINDA BERJAYA'

yang mana program ini telah berlangsung dengan jayanya pada
 8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
jam 9.00 MALAM
bertempat di GELANGGANG KOLEJ HARUN AMINURRASHID
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

kesemua tetamu dijemput khas bagi menjayakan program tersebut iaitu
USTAZ MOHD AZHAR selaku moderator bersama dua ahli panelnya iaitu
USTAZ MOHD HAKIM dan DR RUBIAH H. HAMZAH.

forum telah berlangsung dengan jayanya dengan bantuan jawatnkuasa mahasiswa kolej (JMK), kolej harun aminurrashid serta ahli-ahli combi yang lain.


ALHAMDULILLAH
SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

(SALAM UKHWAH DARIPADA KAMI SEKELUARGA)

Tuesday, 30 October 2012

K.A.M.I satu keluarga ^_^

Assalamualaikum...

salam kebajikan buat semua readers...

1st of all...lama suda blog ni tidak di update...
and now !!.. jom kita kenali biro ini...

kami adalah penghuni tegar KOLEJ HARUN AMINURRASHID yakni salah sebuah kolej di
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

alhamdulillah...
banyak pembaharuan telah dibuat yang pada asalnya biro ini bergelar 
'BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN'  sidang 2010-2011
dan kemudiannya ditukar kepada
 'BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN' 
sehinggalah ke hari ini, saat ini, ketika ini...

bagi biro kebajikan dan perkhidmatan untuk sidang ini,
kami terdiri daripada 9 orang anggota kuat yang diketuai oleh dua insan yang amat berdedikasi iaitu

NUR AZIEMAH BT ZAINI & RASHIDI RASUL

diikuti pula dengan anak2 buahnya yang cute miut iaitu

Firdaus, Naqiah, Razi, Ada, Ira, Fiza, Feli, Zakaria, Madi

K.A.M.I insyaAllah dengan wujudnya rakan2 disamping ketua yang menjadi penunjuk arah kepada kami anak2 buah ini mudah2an segala gerak kerja dapat dilakukan secara besama ataupun berkumpulan..
mudah2an Allah memberkati perjuangan kami ini..

MAJULAH BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN UNTUK KHAR

^____^

wassalam...

COP2 ! ade sedikit santapan mata buat semua..
ni 1st meeting buat BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
orang kata tak kenal maka tak cinta
bila dah kenal macam2 pulak ceritanya

jom tengok gelagat K.A.M.I !








Friday, 5 October 2012

PROGRAM MAHABBATUR RAMADHAN 2012









PROGRAM MAHABBATUR RAMADHAN 2012

Program Mahabbatur Ramadhan ini berlangsung selama 3minggu dari 21 Julai 2012 - 8 Ogos 2012.
Terdapat pelbagai aktiviti di bawah Program Mahabbatur Ramadhan ini sepertimana yang sudah di rancang dengan lancarnya oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid.
Aktiviti yang dilaksanakan sekitar Program Mahabattur Ramadhan ini adalah :
  • Forum "Ramadhan Pencetus Generasi Bertaqwa"
  • Ceramah "Puasa & Sains"
  • Trek Remaja Islam
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Ceramah "Perginya Ramadhan Al-Mubarak"
  • Iftar Jama'e
  • Rewang Bubur Lambuk & Perdana
Aktiviti ini semua dilaksanakan bagi memenuhi & menambahkan amalan semasa bulan Ramadhan di Kolej Harun Aminurrashid malah dapat membantu pelajar mengenal kawan-kawan baru & mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa-mahasiswa di  kolej ini. :)

Thursday, 4 October 2012

BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA



BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA

Pada 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadhan 1433H,Abg Shidi & Kak Aziemah (EXCO BKP) mengajak kami iaitu Syafiza,Adda,Ikhmal & Firdaus (REXCO BKP) untuk berbuka puasa bersama-sama di ONE SMILE BISTRO.
Amat seronok apabila dapat berkumpul bersama-sama cuma Kak Felly aja yang tidak dapat hadirkan diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan :)

PORTFOLIO BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN

PORTFOLIO BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN

KEBAJIKAN
  • ·         Memaklumkan kepada felo jika ada pelajar sakit yang perlu dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan
  • ·         Memaklumkan kepada pihak pejabat jika terdapat penghuni  sakit
  • ·         Memastikan peralatan kecemasan seperti ‘strecher’ dan kerusI roda berada dalam keadaan baik.
  • ·         Mengemaskini kandungan first  aid dengan pihak pejabat setiap bulan
  • ·         Memantau kebersihan bilik sakit (blok 2)
  • ·         Menjaga kebajikan dan memberi nasihat kepada penghuni berkaitan dengan kewangan
  • ·         Membantu dalam memberi nasihat berkaitan dengan kesihatan kepada penghuni
  • ·         Mengemaskini dan membuat kutipan untuk tabung kebajikan khar
  • ·         Membantu dan memantau keselamatan penghuni kolej


PERKHIDMATAN
  • ·         Memantau penjualan makanan di kafe dan melaporkan kepada pentadbiran khar, kebajikan hep jika menghadapi sebarang masalah
  • ·         Contoh : harga jualan, kebersihan makanan dan cara pengendalian makanan
  • ·         Memantau penggunaan mesin dobi dan melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbiran khar
  • ·         Memantau perkhidmatan bas dan jika terdapat sebarang  masalah melaporkan kepada pentadbiran khar
  • ·         Membuat rondaan sekitar khar selepas jam 12.00 malam
  • ·         Memastikan kenderaan dalam kolej diletakkan di kawasan yang selamat
  • ·         Menguruskan rakan exco (rexco) dan perjalanan biro dengan baik
  • ·         Membantu menjayakan program  kolej, jmk, program setiap biro dan yang berkaitan dengan penuh komitmen dan penuh bertanggungjawab
  • ·         Bersedia untuk berkhidmat secara segera dalam apa juga keadaan
  • ·         Hal-hal berkaitan dan tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa
  • ·         Menyediakan laporan aktiviti selepas 2 minggu aktiviti dijalankan dan menghantar laporan tersebut kepada setiausaha dan pihak pentadbiran.
  •  

  • TUGASAN SETIAP UNIT DALAM BIRO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN


SETIAUSAHA
  • ·         Menyimpan semua rekod rexco dan menyediakan serta menyelenggarakan semua surat-surat rasmi di bawah biro kebajikan dan perkhidmatan
  • ·         Mengurus semua panggilan mesyuarat biro apabila diarahkan oleh exco-exco kebajikan dan perkhidmatan
  • ·         Menjaga, memantau dan mengemaskini rekod dan maklumat mt dan rexco
  • ·         Menjalankan urusan berkaitan dengan perhubungan dengan orang atasan atau orang luar
  • ·         Mencatat, mengedar, dan menyimpan semua minit mesyuarat biro
  • ·         Menyediakan dan menyemak kertas kerja yang diperlukan oleh sesuatu program di bawah biro kebajikan dan perkhidmatan
  • ·         Memastikan dan menyelaraskan setiausaha kelab agar selari tugasannya dengan setiausaha biro dari semua aspek.

BENDAHARI
  • ·         Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan serta semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas ketetapannya
  • ·         Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer , wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
  • ·         Menyediakan dan membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit setiap kali mesyuarat
  • ·         Mengutip wang derma dan menyediakan laporan wang masuk atau keluar bagi setiap kali kutipan wang yang dilakukan oleh rexco.
  • ·         Memastikan dan menyelaraskan bendahari kelab agar selari tugasannya dengan bendahari biro dari semua aspek.


PENGERUSI KELAB
  • ·         Memantau dan memastikan kelab biro aktif dan berfungsi dengan baik
  • ·         Bertanggungjawab dalam memastikan semua unit dalam kelab combi team khar menjalankan tugasan dengan bersih, cekap dan amanah
  • ·         Memberi bantuan dalam menampung kelemahan-kelemahan kelab untuk menyelesaikan masalah yang berlaku
  • ·         Memantau gerak kerja dan melaporkan kepada exco kebajikan mengenai kelab
  • ·         Bertanggungjawab dalam membantu exco dalam menjalankan urusan kelab yang tertentu dari semasa ke semasa
  •  



UNIT EKONOMI

·         Menjana pendapatan biro.
·         Membuka gerai atau jualan jika terdapat karnival yang berlangsung.
·         Membentangkan kewangan pendapatan dan keuntungan setiap kali melakukan jualan atau lain-lain pendapatan.
·         Memastikan dan memantau unit promosi dan unit kawalan bencana alam dalam kelab combi team khar dari segi pelaksanaan tugasan atau aktiviti.
·         Membantu pengerusi kelab dalam mengendalikan kelab agar berfungsi dengan baik.

UNIT MEDIA & PUBLISITI

·           Membantu menyiapkan banner, tag nama,  risalah bagi setiap program di bawah biro.
·           Membantu menyebarkan maklumat yang sahih dan hal-hal lain berkaitan dengan biro.
·           Mengambil gambar dan menyediakan montaj bagi setiap program yang berlangsung di bawah biro.
·           Menyediakan gambar dan laporan bagi setiap program.
·           Mewujudkan blog dan facebook untuk biro bagi memudahkan perbincangan dan menyelesaikan masalah yang berlaku.
·           Memastikan dan memantau unit pendidikan kesihatan dan unit media &publisiti dalam kelab combi team khar dari segi pelaksanaan tugasan atau aktiviti.
·           Membantu pengerusi kelab dalam mengendalikan kelab agar berfungsi dengan baik.

UNIT AKTIVITI
  • ·         Naib pengerusi merangkap sebagai unit aktiviti dalam biro dan melaksanakan tugasan yang ditetapkan
  • ·         Melakukan sedikit aktiviti setiap kali meeting biro berlangsung
  • ·         Membantu dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh exco
  • ·         Merancang aktiviti untuk merapatkan lagi ukhuwah antara rexco dan exco
  • ·         Memastikan dan memantau unit khidmat komuniti dan unit perhubungan awam & antarabangsa dalam kelab combi team khar dari segi pelaksanaan tugasan atau aktiviti
  • ·         Membantu pengerusi kelab dalam mengendalikan kelab agar berfungsi dengan baik



COMBI TEAM KHAR

PORTFOLIO SETIAP UNIT DALAM COMBI TEAM KHAR

SETIAUSAHA
  • ·         Menyimpan semua rekod ahli COMBI TEAM  dan menyediakan serta menyelenggarakan semua surat-surat rasmi di bawah KELAB COMBI TEAM KHAR ini
  • ·         Mengurus semua panggilan mesyuarat kelab apabila diarahkan oleh MT kelab ini
  • ·         Menjaga, memantau dan mengemaskini rekod dan maklumat MT dan ahli kelab
  • ·         Menjalankan urusan berkaitan dengan perhubungan dengan orang atasan atau orang luar
  • ·         Mencatat, mengedar, dan menyimpan semua minit mesyuarat kelab
  • ·         Menyediakan dan menyemak kertas kerja yang diperlukan oleh sesuatu program di bawah KELAB COMBI TEAM KHAR


BENDAHARI
  • ·         Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan serta semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas ketetapannya
  • ·         Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer , wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
  • ·         Menyediakan dan membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit setiap kali mesyuarat
  • ·         Menyediakan laporan wang masuk atau keluar jika ada sebarang kutipan wang yang dilakukan


UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
·         Merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit.
·         Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat (menjalankan kempen-kempen kesihatan pengedaran risalah dan poster)
·         Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) atau lain-lain cara.
·         Menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai kesihatan kepada masyarakat.
·         Membantu semua bahagian atau unit dalam   program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   



UNIT KHIDMAT KOMUNITI & BENCANA ALAM
·         Membantu memberi perkhidmatan segera dalam operasi menyelamat dan kecemasan bencana alam seperti banjir/kebakaran jika diarahkan oleh pihak kolej.
·         Membantu memberi perkhidmatan awalan kepada insiden-insiden tertentu seperti tanah runtuh dan pokok tumbang.
·         Melaksanakan tugas-tugas segera yang diarahkan oleh pihak kolej dan pusat kesihatan.
·         Membantu semua bahagian atau unit dalam   program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   

UNIT  VEKTOR
  • Mengatasi masalah yang berkaitan dengan kacau ganggu kesihatan yang berjangkit.
  • Bertanggungjawab melaksanakan program pencegahan ke atas penyakit bawaan vektor.
  • Bertanggungjawab mengadakan satu sistem kawalan vektor yang bermutu dan berdaya maju.
  • Bertanggungjawab mengedar maklumat/pendidikan kesihatan di khar.
  •  Melaksanakan tugas-tugas segera yang diarahkan oleh pihak kolej & pusat kesihatan.
  • Memastikan dan memantau kebersihan sekitar, kebersihan makanan dan kebersihan diri di dalam kawasan kolej dan juga kualiti perkhidmatan kesihatan  kepada penghuni khar adalah baik.
·         Membantu semua bahagian atau unit dalam   program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   

UNIT PROMOSI
·         Merancang dan melaksanakan program promosi keselamatan dan kesihatan untuk penghuni khar
·         Bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan risalah-risalah, akhbar, bunting dan sebagainya untuk pendidikan kesihatan.
·         Melaksanakan program-program pendidikan dari segi kebersihan, keselamatan dan  kesihatan kepada penghuni khar
·         Menjalankan kajian pengetahuan, amalan dan sikap orang ramai terhadap kebersihan dan kesihatan serta membuat penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan.
·         Membantu semua bahagian atau unit dalam   program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN ANTARABANGSA
  •       Menguruskan kelancaran majlis rasmi agar berjalan dengan lancar (teks ucapan, kad jemputan, buku program dll)

·         Mewujudkan perhubungan dengan agensi luar
·         Membantu semua bahagian atau unit dalam   program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   

UNIT MEDIA DAN PUBLISITI
  •        Membantu menyiapkan banner, tag nama,  risalah bagi setiap program di bawah kelab
  •          Membantu menyebarkan maklumat yang sahih dan hal-hal lain berkaitan dengan kelab dan kesihatan
  •          Mengambil gambar dan menyediakan montaj bagi setiap program yang berlangsung di bawah kelab
  •          Menyediakan gambar untuk laporan setiap program
  •          Mewujudkan blog dan facebook untuk kelab bagi memudahkan perbincangan, menyelesaikan masalah yang berlaku dan menjadi sumber rujukan untuk semua ahli kelab.
  •          Membantu semua bahagian atau unit dalam   program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   




*SEMUA UNIT HENDAKLAH MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM DENGAN MEMBERI SEPENUH KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB.
*HAL-HAL BERKAITAN DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA KE SEMASA.